Sunday, September 13, 2009

Malam Ramadhan








Selamat Menyambut bulan Ramadhan al mubarak buat semua umat islam di dunia ni.so Semasa bulan ramadhan nilah kanak-kanak dan adik-adik kita tunggu untuk bermain bunga api dan mercun

Tapi bermain tu kenalah beringat jangan sampai kecelakaan yang menimpa pula..so pada orang-orang dewasa berwaspadalah pada anak-anak and adik-adik kita..

P/s Model adalah adikku dan anak sedaraku...

Wasalam..

Aku adalah aku......



Akan aku update tentang aku..sebab masa sentiasa berubah..dan aku juga akan berubah..

Tuesday, August 11, 2009

HINI INFO..SILA BACA!!!!!!

Apakah Selesema Babi?
Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Demam Babi Terhadap Manusia?
Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:

* Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.

* Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.

* Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.

* Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Jika anda sakit anda perlu:-

* Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;

* Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit.

Sunday, August 9, 2009

JALAN @ Pantai Paka

Hai…
This time I want to share a moments during myfriends and I outing at Pantai paka..
Enjoy it...


1 step closer..


Saat bahagia


Mr bean..housemate ku..


Cap kaki tiga...


Famy & Fara..Harini.esok and selamanya...


Mengisi masa lapang..dengan bersukan..


Lonely???


Serupa tapi xsebaya..

Wednesday, July 22, 2009

Trip padang besar..

Trip Ke Padang Besar..

Ini sedikit sebanyak info tentang padang besar, sejarah padang besarlah kot.

Padang Besar adalah pekan yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand.Tempat ini merupakan tempat pertemuan warga Thailand dan Malaysia. Ramai warga Malaysia yang berkunjung ke Thailand untuk membeli-belah, berniaga atau bercuti melalui pekan ini dan begitu juga sebaliknya.

So trip aku ke padang besar kali ni just nk shopping and jalan-jalan jer.Perjalanan dari kedah ke Pdg Besar mengambil masa dlm sejam setengah.(uishhh...penat).Kalau dari KL lebih kurang 6 jam setengah kalau kereta yang kita bawa mengikut Had laju yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

So ini sedikit sebanyak shoot yang aku amik dengan camera yang baru je aku beli dari Abg Azhar


Kangar,Pdg besar.


Jauh perjalanan indah pemandangan


Berbincang sebelum berbelanja (bijak 2x)


Aksesori untuk gadis-gadis pun banyak and murah-murah.Kebanyakan aksesori ni berharga kurang dari RM 50.


Minum dulu


Made in Thailand....


Dimanakah Sharlinie??? kanak2x yang masih belum ditemui..

Thursday, July 9, 2009

Ini aku copy dari email yang aku dapat dari kengkawan aku...so ini ada sedikit sebanyak tentang aku and zaman aku..

bacalah yer....


KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1984.. MESTI KORANG INGAT NI Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse... Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron... lg satu Gaban...ZZZZ Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah? hmm, mesti pe gan g cawan warna-warni kan ... mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah.... ingat tak.., misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.... Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah ada gigi yang berlubang.., kene laa tampal... Ni sure korang ingat... program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu... sekotak 30 sen jek beb... Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin. Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.YG SEDEPA tu ,skrg ade lagi ke??? Pukul tapak tan gan ... kan ..? Time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz...batman also ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...(mak penah beli rasanye...) ada yang suka stoking tebal laaa... pakai tudung sekolah mesti ade pengerass.. budjet lawa la... internet? email? Menda alah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.... Tiket wayang pun 5 inggit je... Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam2'. pehhh aku penah kene tu... bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.kat umah main baling selipo.. tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim n gan apek kat luar skola tuh... lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancan gan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.aku dapat pasal kurus n family miskin...adik beradik plak ramai..makan free best! lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa... permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2 duduk.....haaa men sembunyik ibu...korang mesti penah men kan...mak-mak kita tak kasik men klu dah magrib...nanti hantu tetek sembunyikkan nanti..betul x betul wallahua'lam... kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen.. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa. hmm....budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau,yg Westlife nyanyi...bkn Billy Joel nyanyi... bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.sekarang dimana2 ade vietnam , nepal , bangladesh ... cuba korang perhatikan sekeliling.... AIDS wujud sejak diorg lahir. CD pun wujud time diorg lahir. Michael Jackson dah putih dah time tu. Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru. Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer. Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'. Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.(macam anak aku) dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...becinta tanpa h/p hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke: 1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum 2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin..tp yg tak kawin pun ade gakkk... 3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je 4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone 5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari 6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...




Bila pikir balik masa begitu cepat berlalu...dan kita semakin tua...(isk..isk)..